3 warga China baru masuk Malaysia terbabit kes pecah rumah

KANGAR – Tiga lelaki warga China ditahan selepas disyaki terbabit kes pecah rumah di Kuala Perlis, di sini, semalam.

Suspek berusia 38 hingga 54 tahun itu dicekup orang ramai jam 10.10 malam selepas mengesyaki kumpulan itu pernah terbabit kes kecurian di sebuah rumah di Taman Bukit Kubu Fasa 2, Kuala Perlis.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, mangsa yang juga seorang lelaki warga Thailand mendapati rumah bapa saudaranya dipecah masuk.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati pintu belakang rumah berkenaan diumpil manakala rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kemudian menunjukkan terdapat lelaki memecah masuk ke kediaman terbabit.

“Suspek melarikan barang kemas bernilai RM1,200, wang tunai kira-kira RM2,500 dalam peti besi dan wang tunai RM357 dalam laci almari,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, suspek diberkas penduduk kampung berhampiran taman perumahan itu selepas warga asing itu dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

“Suspek kemudian diserahkan kepada polis Balai Polis Kuala Perlis dan siasatan lanjut mendapati mereka adalah warga China.

“Pemeriksaan mendapati mereka memiliki barangan milik mangsa termasuk wang tunai dan barang kemas dan siasatan awal kita juga mendapati suspek baharu satu minggu memasuki negara ini atas tujuan untuk mencari pekerjaan.

“Selain itu mereka juga sudah ditawarkan bekerja sebagai tukang masak namun masih belum sempat berurusan dengan mana-mana majikan lagi di negara ini,” katanya.

Yusharifuddin berkata, jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM4,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Permohonan reman ke atas semua suspek dibenarkan Majistret Nor Shahida Abdul Rahim selama enam hari bermula hari ini hingga 24 Julai ini.

BH ONLINE

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju