Tiga pelombong arang batu disahkan maut dan dua lagi cedera dalam insiden gas di lombong arang batu di wilayah Quang Ninh, utara Vietnam pada pagi Ahad, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Vietnam.
Insiden itu berlaku ketika sekumpulan lima pekerja sedang menjalankan tugas mereka di lombong bawah tanah dikendalikan oleh Syarikat Arang Batu Duong Huy, menurut laporan itu.
Menjelang 12:30 tengah hari, dua pekerja dibawa keluar dari tapak dan dipindahkan ke hospital untuk rawatan kecemasan.
Pada jam 1:30 petang, anggota penyelamat menemui mayat tiga pekerja yang masih tinggal, yang mati akibat terdedah kepada gas toksik, kata laporan itu.



