3 maut, 81 cedera selepas penghadang roboh pada perlawanan bola sepak Algeria

ALGIERS – Tiga orang maut dan 81 cedera berikutan penghadang roboh selepas kelab bola sepak Mouloudia Club d’Alger memenangi kejuaraan liga kesembilan, kata pihak berkuasa Algeria pada Ahad.

Jumlah korban sebelum ini ialah seorang maut dan 50 cedera tetapi dua peminat kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaan mereka berikutan insiden pada Sabtu di Stade Olympique du 5 Juillet 1962, menurut kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan negara itu.

Presiden Algeria Abdelmadjid Tebboune mengucapkan takziah.

Menurut laman web La Gazette du Fennec, penghadang keselamatan roboh ketika peminat bersiap sedia untuk meraikan kejuaraan berikutan keputusan seri tanpa jaringan antara MC Alger dan NC Magra.

AP