3 maut, 30 cedera dalam nahas bas di selatan Peru

Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan 30 yang lain cedera selepas sebuah bas penumpang terbalik pagi Isnin di wilayah Cusco di selatan Peru, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Menurut agensi berita negara Andina seperti dilaporkan Xinhua, kemalangan itu berlaku di daerah Camanti di wilayah Quispicanchi, di Lebuhraya Interoceanic antara Cusco dan Puerto Maldonado.

Bas dikendalikan oleh syarikat Crespo Tours itu terbabas dari jalan raya dan terbalik di cerun, menurut polis Cusco.

Mayat dua lelaki dan seorang wanita ditemui dan sedang dalam proses pengecaman, Xinhua memetik rangkaian berita swasta Radio Programas del Peru.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju