Tiga juruteknik perlombongan diselamatkan manakala 22 masih hilang berikutan keruntuhan lombong emas di wilayah Shinyanga di barat laut Tanzania, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan pada Selasa.
Insiden itu dikatakan berlaku pada Isnin semasa kerja penyelenggaraan pada aci perlombongan di Lombong Emas Wachapakazi, dimiliki sekumpulan anak muda, menurut Julius Mtatiro, pesuruhjaya daerah Shinyanga.
“Operasi menyelamat diketuai pasukan pertahanan dan keselamatan sedang dijalankan untuk mengesan baki 22 juruteknik yang terperangkap di bawah runtuhan,” kata Mtatiro kepada Xinhua dalam temu bual telefon.
Tiga mangsa terbabit diselamatkan 32 jam selepas kejadian itu, katanya dipetik.



