Pasukan Sokongan Direktorat Keselamatan Kementerian Dalam Negeri Libya berkata pada Khamis, dua anggotanya terbunuh dalam serangan dron yang menyasarkan salah satu rondaannya di bandar Ajaylat, kira-kira 80 km barat ibu kota Tripoli, menurut berita Xinhua.
Pasukan itu dalam satu kenyataan berkata. serangan itu berlaku antara malam Rabu dan awal Khamis ketika rondaan itu memberi respons kepada laporan mengenai sebuah bot yang sedang bersedia untuk migrasi haram.
Menurut Xinhua, kenyataan itu menambah bahawa rondaan itu “disasarkan oleh sebuah dron semasa cuba menunda bot dari laut, mengakibatkan kecederaan yang berbeza-beza kepada dua anggota pasukan dan kematian dua yang lain”.
Pasukan itu tidak mendedahkan identiti dron itu, dengan menyatakan bahawa pendakwaan awam telah melancarkan siasatan terhadap kejadian itu.

















