SYDNEY – Dua remaja parah dalam kejadian tembakan di pinggir bandar Melbourne di negeri Victoria, Australia pada awal pagi Jumaat.
Polis Victoria berkata dalam satu kenyataan pada pagi Jumaat, tembakan dilepaskan di Collingwood, kira-kira 3 kilometer timur laut daerah pusat perniagaan Melbourne, pada 1 pagi waktu tempatan pada Jumaat.
Dua remaja lelaki berusia 15 dan 17 tahun ditemui dengan kesan tembakan tidak lama kemudian.
Kedua-dua mereka dibawa ke hospital berdekatan dengan kecederaan serius.
Difahamkan sekumpulan besar orang bergaduh di Hoddle Street sebelum tembakan, kata polis. Detektif percaya kejadian itu adalah serangan yang disasarkan.
XINHUA