2 polis ditembak mati dalam serangan pengganas di barat laut Pakistan

ISLAMABAD, 16 Julai – Dua anggota polis mati ditembak pada Rabu dalam serangan pengganas di daerah Dera Ismail Khan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa (KP) barat laut Pakistan, kata polis.

Jurucakap polis Dera Ismail, Khan Yaqoob Khan berkata sekumpulan tiga pengganas melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas ketika mereka menuju ke sebuah pasar di daerah Kulachi di KP.

Susulan kejadian itu, anggota Jabatan Counter Terrorism mengejar pengganas dan membunuh seorang daripada mereka ketika berbalas tembakan manakala dua lagi berjaya melarikan diri.

“Senjata dan peluru telah ditemui daripada pengganas yang terbunuh, sementara operasi mencari sedang dijalankan untuk mengesan baki pelakunya,” tambah jurucakap itu.

XINHUA

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju