TEHRAN, 23 Julai – Dua pengawal sempadan terbunuh dan seorang lagi cedera dalam serangan oleh anggota kumpulan “bermusuhan dan menentang revolusi” di pos sempadan di wilayah Kurdestan di barat Iran, lapor agensi berita separuh rasmi Fars.
Serangan itu dilakukan ke atas pos sempadan di Daerah Baneh pada malam Selasa ketika pengawal sempadan dalam misi rondaan, Faraj Rostami, komander pengawal sempadan wilayah itu, berkata pada Rabu.
Dia mengenal pasti mangsa, yang ditembak semasa serangan oleh penyerang, sebagai Sajjad Adib dan Ali Bodagh.
Menurut komander itu, anggota kumpulan “bermusuhan” cuba memasuki negara itu tetapi terpaksa berundur selepas menghadapi tembakan berat pengawal sempadan Iran.
XINHUA



