2 maut dalam nahas pesawat latihan di tenggara Brazil

SAO PAULO, 1 Julai – Sebuah pesawat latihan terhempas di tenggara Brazil, negeri Sao Paulo pada Selasa, mengorbankan kedua-dua orang di dalamnya, lapor pihak bomba.

Pesawat kecil itu jatuh ke kawasan tidak berpenghuni di bandar Sao Jose do Rio Preto selepas berlepas dari lapangan terbang tempatan.

Rangkaian berita Globo Brazil memetik laporan jabatan bomba, kedua-dua dalam pesawat itu, yang digunakan untuk latihan juruterbang, terbunuh dalam kejadian itu.

Polis tempatan dan Pusat Penyiasatan dan Pencegahan Kemalangan Aeronautik Tentera Udara Brazil sedang meneliti punca nahas itu.

XINHUA

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju