Enam orang terperangkap berikutan gempa disebabkan oleh perlombongan pada Rabu di timur laut wilayah Heilongjiang, China, lapor Xinhua.
Kejadian dilaporkan berlaku pada 1:44 pagi di lombong arang batu Fuli di bandar Hegang. Gegaran itu menyebabkan kerosakan ketara pada bahagian terowong bawah tanah.
Dilaporkan dua pelombong diselamatkan dan dipindahkan ke hospital untuk rawatan, tanpa sebarang kecederaan yang mengancam nyawa.
Usaha menyelamat sedang dijalankan untuk mengesan baki enam individu terperangkap.



