14 maut dalam perlanggaran kereta api di bahagian terpencil di Ethiopia, kata pegawai

Sebuah kereta api yang sesak penuh dengan peniaga bertembung dengan kereta api yang tidak bergerak di bahagian terpencil di timur Ethiopia, membunuh sekurang-kurangnya 14 orang dan mencederakan berpuluh-puluh orang, kata seorang pegawai tempatan, menurut laporan AP.

Nahas berlaku malam Isnin dekar bandar Dire Dawa ketika kereta api yang membawa pedagang dan barangan mereka pulang dari pekan Dewale, dekat sempadan Djibouti.

Ibrahim Usman, Datuk Bandar Dire Dawa, mengesahkan jumlah kematian dan menyatakan kesedihannya atas kehilangan nyawa dalam satu kenyataan disiarkan di Facebook pada Selasa.

Saksi yang bercakap dengan The Associated Press (AP) dilaporkan berkata, terdapat kelewatan dalam membantu mangsa, dengan ambulans tidak tersedia selepas nahas.
Menurut mereka, mereka yang cedera dalam nahas itu ditarik keluar dari gerabak oleh penduduk tempatan.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju