Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan dua lagi hilang ketika hujan lebat melanda beberapa bahagian negeri Rajasthan di barat India sejak 48 jam lalu, lapor Xinhua memetik pegawai pada Isnin.
Menurut pegawai, hujan lebat yang tidak henti-henti selama lima hari berturut-turut menyebabkan banjir kilat, menenggelamkan rumah dan jalan, sekali gus memutuskan berpuluh-puluh kampung dari pekan utama.



