Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan ramai lagi cedera pada Sabtu dalam rempuhan di sebuah kuil Hindu di negeri Andhra Pradesh, selatan India, kata pegawai, menurut berita Xinhua.
Kemalangan itu berlaku di kuil Venkateswara Swamy di Kasibugga, daerah Srikakulam, kira-kira 548 km timur laut Amaravati, ibu kota Andhra Pradesh, di mana orang ramai berkumpul sempena Ekadashi, hari yang bertuah dalam agama Hindu.
“Kerumunan penganut yang ramai menyebabkan kesesakan, mengakibatkan kecederaan kepada ramai penganut, yang segera dikejarkan ke hospital berdekatan,” seorang pegawai dilaporkan berkata.
“Kami menerima laporan bahawa setakat ini 10 orang telah terbunuh dan ramai lagi cedera.”
Laporan mengatakan orang ramai di kuil itu bertambah melebihi jumlah yang dijangkakan, dan pihak pengurusan tidak dapat menguruskan kerumunan dengan berkesan, sekali gus menyebabkan rempuhan.
Polis khuatir jumlah kematian mungkin meningkat.



