10 terbunuh dalam serangan dron Israel di Kota Gaza – sumber

Sepuluh rakyat Palestin terbunuh pada Sabtu dalam serangan dron Israel di barat Kota Gaza, menurut sumber Palestin, lapor Xinhua.

Serangan itu, menyasarkan kenderaan awam dekat Persimpangan Abbas di kejiranan Rimal, turut mencederakan beberapa orang yang lalu-lalang dan membakar kereta itu, saksi mata dan sumber perubatan dilapor berkata kepada Xinhua.

Menurut Xinhua, media Israel melaporkan bahawa serangan itu menyasarkan Alaa al-Hadidi, ketua operasi untuk sektor senjata Hamas.

Gencatan senjata yang dicapai antara Israel dan Hamas, berkuat kuasa pada 10 Oktober, telah mengurangkan secara mendadak serangan Israel tetapi tidak menghentikannya sepenuhnya.

Sekurang-kurangnya 318 rakyat Palestin terbunuh dan 788 cedera akibat serangan Israel sejak 11 Oktober, kata pihak berkuasa kesihatan Gaza pada Sabtu, menjadikan jumlah kematian keseluruhan akibat serangan Israel sejak Oktober 2023 kepada 69,733, dengan 170,863 yang lain cedera, lapor Xinhua.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju