10 maut, 33 hilang dalam arus deras gunung di Gansu, barat laut China

10 maut, 33 hilang dalam arus deras gunung di Gansu, barat laut China

Usaha menyelamat dijalankan selepas hujan lebat berterusan mencetuskan arus deras gunung di Daerah Yuzhong, Wilayah Gansu di barat laut China, menyebabkan 10 maut dan 33 hilang setakat 3:30 petang Jumaat, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.

Hujan lebat dilaporkan mula melanda Yuzhong, yang terletak di bawah bidang kuasa ibu kota wilayah Lanzhou, dan kawasan lain di Lanzhou pada petang Khamis, dengan kerpasan maksimum mencecah 220.2 mm menjelang tengah hari Jumaat.

Beberapa perbandaran di Yuzhong terjejas teruk, menurut laporan itu.

Kira-kira jam 2 petang Jumaat, wartawan Xinhua melihat air banjir bercampur dengan pokok tumbang menghalang jalan dekat Sekolah Rendah Xinglong di Perbandaran Chengguan, dengan mendapan lumpur lebih 30 cm dalam beberapa bahagian. Di tepi jalan, banyak kenderaan rosak, manakala perabot dari tingkat bawah beberapa rumah dihanyutkan ke depan pintu mereka.

Lebih 2,700 anggota penyelamat dilaporkan dihantar oleh pihak berkuasa wilayah, bersama 980 kenderaan dan jentera, dan 8,530 set bekalan kecemasan.

Usaha mencari dan menyelamat untuk kehilangan, pembaikan infrastruktur, dan pemindahan serta penempatan semula penduduk terjejas sedang dijalankan, menurut Xinhua.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju