Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan 46 yang lain cedera apabila sebuah bas berlanggar dengan sebuah trak lewat Jumaat di lebuh raya di negeri Mato Grosso di tengah-barat Brazil, lapor Xinhua memetik polis lebuh raya persekutuan Brazil pada Sabtu.
Antara yang cedera, lapan cedera ringan, 26 dalam keadaan sederhana, dan 12, termasuk pemandu lori, dalam keadaan serius, menurut agensi berita negara Agencia Brasil.
Kemalangan itu dilaporkan berlaku dekat bandar Lucas do Rio Verde, kira-kira 360 km dari ibu negeri, Cuiaba. Bas itu dalam perjalanan dari Cuiaba ke Sinop, hab utama bagi industri perniagaan tani Brazil.



