1 hilang, 28 diselamatkan selepas bot karam di Hunan tengah China

CHANGSHA, 5 Julai – Kemalangan bot karam pada petang Sabtu menyebabkan seorang hilang, dengan 28 lagi diselamatkan, di wilayah Hunan tengah China, kata pihak berkuasa.

Seramai 29 orang terjatuh dari bot 40 tempat duduk itu ke dalam air, ketika bot itu terbalik sekitar jam 4:30 petang di Tasik Dongjiang di bandar Zixing.

Sehingga jam 6 petang, 28 telah diselamatkan – dengan seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal menerima rawatan.

Siasatan awal mendapati kawasan itu menyaksikan tiupan angin secara tiba-tiba, pada kelajuan sehingga 30 meter sesaat, ketika kemalangan itu berlaku.

Usaha mencari dan menyelamat diteruskan, sementara siasatan lanjut sedang dijalankan.

XINHUA, 5.7.2025